Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
> > > > > > > > > > Sabda Rasulullah S.A.W > > > > > > > > > > > > > >
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
Cukuplah diri ku hanya dengan Allah...Muhammad Rasulullah sebagai pembimbing dan Al-Quran sebagai panduan... "Hati Tak Kan Tenang Sekiranya Kita Tidak Tahu Apa Yang Kita Mahu"
Monday, November 30, 2009
Saturday, November 14, 2009
Putera
Assalamualaikum WMT..
Agak lama tidak mengusik laman blog ini. Kerana kesibukan urusan dunia..sebelum cuti sekolah bermula, kesibukan dengan peperiksaan, kemudian terlibat dengan kursus induksi selama 15 hari. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku beberapa peristiwa yang menguji kesabaran.
AlhamduLILLAH, syukur ketinggi-tinggi nya diatas nikmat kurnianNya yang terhingga ini..sini saya ingin berkongsi kegembiraan dianugerahkan kurniaan yang amat berharga.
Isteri tercinta selamat melahirkan putera lelaki pada jam 3.15 pagi Jumaat 13 November 2009 di HUSM. Baby seberat 3.3 kg..selepas 2 seminggu dah 3.7 kg...
Hari ini adalah hari raya yang sangat istimewa kerana dapat meraikan bersama anak..
Semoga anak ini menjadi seorang pejuang agama Allah...
Saturday, October 31, 2009
dipanah petir...
sejak dari tengah hari hingga sekarang hujan turun tak henti-henti, menunjukkan rahmat yang terhingga untuk hambaNYA. Satu peristiwa, jam 4 petang tadi semua warga yang ada di sekolah terkejut dengan bunyi dentuman yang sangat kuat dan cahaya kilat yang menyilaukan berhampiran dengan bangunan asrama putera. sejurus itu datanglah beberapa orang pelajar ke pejabat warden dan melaporkan bumbung dan siling dalam dorm mereka pecah akibat dipanah petir..saya bergegas ketempat kejadian dan melihat serpihan kayu yang hancur, kepingan siling berselerak diatas lantai dan katil pelajar..SubhanaLLAH..dahsyat.....Kenapakah masih terdapat manusia yang masih terus-terusan melakukan perkara maksiat. apakah mereka 'buta' dan 'pekak' untuk melihat semua kejadian-kejadian seperti ini..
Monday, October 12, 2009
amalan menyambut kelahiran bayi..
Assalamualaikum..
Pagi tadi bermula jam 10 pg saya telah menghadiri kursus peneman apabila isteri bersalin nanti..banyak maklumat yang diberikan sebagai persediaan apabila menyambut kelahiran nanti..doa byk diberikan..antara amalan yang boleh dilakukan oleh suami atau ayah sejurus anak dilahirkan ialah :
1. Azan ditelinga kanan.
2. Iqamat ditelinga kiri.
3. Baca surah al-Qadr ditelinga kanan.(supaya anak jauh dari zina)
4. Baca surah al-Ikhlas ditelinga kiri.
5. Tahnikkan- letakkan sedikit madu pada jari manis dan baca surah al-Insyirah dan tiup pada madu dijari kemudian masukkan jari kemulut bayi dilelangitnya.
6. baca lagi al-Insyirah dan tiup pada ubun2 bayi.
7. baca 3 Qul dan tiup dari kepala bayi hingga ke kaki.
Inilah yang disarankan semasa kursus tadi..
Sejuknye Fraser Hill
Assalamualaikum WMT dan salam ukhuwwah
Beberapa hari yang lepas saya ke Bukit Fraser, ada kursus kejurulatihan sukan kriket. 4 hari yang dilalui dengan ceramah di dewan dan praktikal di padang. Agak memenatkan. tiada masa untuk meninjau tempat2 menarik di Fraser Hill.. sehari hari hanya di tempat menginap dan padang sahaja. Nak pergi beli cenderamata untuk bawak balik ke rumah pun tak sempat..
InsyaALLAH sekiranya diizinkan ALLAH ingin bawa keluarga kesini..
Wednesday, October 7, 2009
Pengurusan strees...
Assalamualaikum WMT dan salam ukhuwwah
Petang tadi ada ceramah pengurusan strees di sekolah untuk guru-guru. Mengajar ni ada tekanan sebenarnya. Bnayak yang perlu dilakukan, difikirkan untuk pelajar dan juga untuk kecemerlangan sekolah..
Ceramah yang disampaikan oleh seorang pensyarah sebuah kolej komuniti di Melaka sangat menarik. Cara penyampaian yang ringan dan gembira menghilangkan rasa penat setelah bekerja dan mengantuk.hehehe..
nanti sambung...

Sunday, October 4, 2009
Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:- 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Thursday, September 24, 2009
aku Hassan Jiwa..
Assalamualaikum WMT dan salam muhibbah...
Suatu kisah yang baru berlaku tengah hari tadi...Sedang saya berehat selepas selesai potong daging, datang lah tetamu yakni sedara isteri saya saya nama kan dia Ir, menceritakan masalah beliau yang kene kacau..ada gangguan...Beliau minta tlg sgt2..saya ni yang tak reti apa2, doa dan minta tolong dengan ALLAH, berserah 100% kepada NYA..tiba 2 pesakit Ir td menyebut2 aku hassan Jiwa berulang2 kali. pesakit tadi dalam keadaan sedar tapi tidak dapat mengawal pegerakan mulutnya..
Keadaan di rumah bising kerana ramai org..saya tidak berani untuk teruskan.bimbang sekiranya keadaan tak terkawal..akhirnya saya menghubungi ust. m.zani peringgat, minta bantuannya..
ust m.zani bersetuju untuk membantu, saya bersama Ir kerumah ust m.zani..sampi di sana saya serahkan kan kepada ust m.zani untuk meneruskan rawatan..(lepas tangan)
Ust m.zani membaca ayat2 ruqyah.. dan pesakit merasa kebas dikaki..mulut pesakit menyebut2 "aku hassan jiwa"..saya tertanya2 siapa hassan jiwa, ada sesiapa kenal akan dia..hehehe
rawatan diteruskan,pesakit masih sedar, saya sekadar membantu bila diperlukan..hehehe..
kemudian sesi soal jawab, soalan dijawab melalui gerakan kaki sahaja...getaran2 di kaki menunjukkan makhluk masih tidak mahu keluar..
oleh kerana pesakit akan masuk kerja ptg nanti, rawatan ditangguhkan..pesakit dibekalkan air ruqyah dan zikir2..
sekian sahaja ....
wassalam selamat hari raya..

Wednesday, September 23, 2009
Sejarah 22 September..
Assalamualaikum WMT dan salam ukhuwwah..
Sekadar untuk berkongsi cerita yang berlaku pada 22 september 2009...Pada tarikh ini aku selamat dilahirkan oleh seorang ibu disebuah rumah kampung pada 28 tahun lalu..mcm novel la pulak..dan pagi tadi saya sedikit terkejut bila isteri tercinta mengucapkan ucapan selamat panjang umur...hehehe..dalam keadaan yang bercampur antara gembira dan sakit, saya senyum dan mengucapkan terima kasih..Dah tua dah, tak lama lagi akan Kembali kepada asal.
Cerita kedua, tengah hari tadi, sambil membantu keluarga menyiapkan majlis jamuan, saya yang sedikit dalam kesakitan diperintahkan oleh bonda supaya cepat-cepat pergi klinik..pergi cabut gigi..huhuhu..sejak dari raya pertama masa makan malam saya tercucuk tulang ikan pada gusi, (makan tak baca doa) kesiankan..gusi sedikit membengkak..saya tahan saja sakit tu..tapi pagi tadi dah gusi dah berdarah...jd terpaksalah ke klinik..sebenarnya saya takut nak ke klinik gigi.hehehe..tak tahu kenapa..nak kata takut jarum, tak jugak..mgkn teringat masa sekolah rendah dulu, gigi saya diperiksa oleh seorang nurse dan nurse tu ganas sikit kot..sampai sekarang takut dengan klinik gigi. AlhamduliLLAH semua proses mencabut gigi berjalan dengan lancar dan mudah syukur Ya ALLAH.
Petang tadi berlangsung majlis pertunangan adik perempuan saya..alhamdulILLAH majlis selamat hingga ke akhirnya.Semoga pertunagan ini akan membawa kepada kebaikan dan seterusnya ke jinjang pelamin..Didoakan agar ALLAH merahmati dan melindungi dari perkara yang tidak elok..persiapkan dirimu dengan Ilmu wahai adikku..
Wassalam.

Monday, September 21, 2009
jom...ziarah
Assalamualaikum WMT dan salam kemaafan...
Dah lama tak update blog ni, maklum lah sibuk bak kata omputeh bz..
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH diatas nikmat aidilfitri...ari ni dah raya yang ketiga, AlhamduLILLAH dapat berjumpa dengan saudara mara yang jarang-jarang dapat jumpa..Yang seronoknya...bilang ahli keluarga semakin bertambah...syukur...makin bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W.. semoga dapat menambah kekuatan untuk menegakkan syiar Islam.
Bila dapat jumpa sedara mara dan kawan2 yang dah lama tak tengok rasa seronok, terasa gembira..entah lah tak tahu nak huraikan camner...
Apa pun aidilfitri dapat mengukuhkan ukhuwwah dan perhubungan diantara satu sama lain..
Ok lah berhati-hati semasa memandu..ingat ALLAH Jiwa selamat..
Wassalam...

Friday, September 18, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum WMT dan salam kemaafan..
Sempena dengan Aidilfitri kali ini, saya Mohd Suriandi dengan rendah diri ingin memohon kemaafan atas segala kesalahan, kekhilafan dan dosa yang telah dilakukan samaada sengaja atau tak sengaja, kepada yang mengenali diri ini.
Semoga lebaran yang diraikan membawa sejuta erti dalam kehidupan kita nanti.
Kepada ayah bonda ampunkan anakanda dunia dan akhirat, halalkan makan minum anakmu ini..Anakanda mohon restu dan doa dari kalian berdua untuk mendapatkan kebahagian didunia dan akhirat..
Semaga lebaran kali ini kita semua akan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari yang Maha Esa...
Sambutlah Aidilfitri dengan penuh keimanan keran kita semua akan kembali kepada asal...
Terawih yang sendu...
Assalamualaikum WMT dan salam ukhuwwah...
terawih malam ni merupakan yang terakhir bg tahun 1430H...kalau Ahad raya lah...Disurau tak ramai jemaah...kanak-kanak pun ada 2, 3 org je seperti minggu pertama puasa dulu...meriah...malam ni mgkn org kmpng ke masjid kot....
Lepas terawih..AJK surau buat pengumuman..malam esok datang ramai-ramai kerana nak buat solat sunat tasbih...InsyaALLAH...
Thursday, September 17, 2009
tADaRus KubRa....
Assalamualaikum WMT dan salam lailatulqadr....
17 hb Sept 2009, jam 12.45 selesailah majlis tadarus kubra peringkat sekolah, Alhamdulillah...
Sekarang ni para pelajar berpusu-pusu untuk pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut hari raya bersama keluarga...
InsyaALLAH saya juga akan berangkat pulang ke Kelantan petang nanti, Ya ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang..selamatkanlah perjalananku..berkatilah dan lindungilah sehingga selamat sampai...Amin..
Monday, September 14, 2009
Amal Maahad..Aidilitri
Ramadhan Ya Ramadhan
Assalamualaikum WMT dan salam ukhuwah....
Sejak dua tiga hari ini, air mata terlalu mudah mengalir, tak kira tempat, termasuklah didalam kelas, bila berbicara tentang Ramadhan, apabila teringatkan tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua..Rasanya baru sebentar bersama dengan Mubarak...tapi kini, ia sudah berada dipenghujungnya...
Terlalu sedikit taubat yang telah dipohon, tak terbanding dengan dosa-dosa yang menggunung..
Amalan lain apa tah lagi, Ya ALLAH..berilah aku kekuatan untuk mengisi sepenuhnya Hari-hari terakhir Ramadhan tahun ini dengan amalan yang KAU Redhai...
Tersangatlah takut bila terfikirkan, apa mungkin dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan...

apabila kita sudah Kembali Kepada Asal..
Monday, August 31, 2009
KeAgUnGaN TUHAN
Insaflah wahai manusia,
Jika diri mu bernoda,
Dunia hanya naungan,
untuk makhluk ciptaan TUHAN,
Dengan tiada terduga,
dunia ini kan binasa,
Kita KEMBALI KE ASAL nya,
menghadap tuhan yang ESA,
DIA lah pengasih dan penyayang,
Kepada semua insan,
Janganlah ragu atau bimbang,
Kepada Keagungan Tuhan,
Betapa Maha Besarnya,
Pencipta alam semesta,
Siapa selalu berbakti,
Mengabdi pada ILAHI,
Kan sentosa selamanya,
Di dunia dan akhir masa.
Jika diri mu bernoda,
Dunia hanya naungan,
untuk makhluk ciptaan TUHAN,
Dengan tiada terduga,
dunia ini kan binasa,
Kita KEMBALI KE ASAL nya,
menghadap tuhan yang ESA,
DIA lah pengasih dan penyayang,
Kepada semua insan,
Janganlah ragu atau bimbang,
Kepada Keagungan Tuhan,
Betapa Maha Besarnya,
Pencipta alam semesta,
Siapa selalu berbakti,
Mengabdi pada ILAHI,
Kan sentosa selamanya,
Di dunia dan akhir masa.
Friday, August 28, 2009
IkHLAs daRiKu...
Salam lagu ni mempunyai maksud yang sgt mendalam....blh cuba dengar dan hayati maksud lagu dari Akhil Hayy....
Aku bukan seperti engkau sangkakan..
pura-pura didalam berjuang..
aku tidak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai ku bermadah pujangga..
Jika ada ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan akidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan dustur ILAHI
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..
Tuhan kumohankan ampunan
ketelanjuran yang berulang kali
teman...kita patrikan disini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufik ILAHI..
Aku bukan seperti engkau sangkakan..
pura-pura didalam berjuang..
aku tidak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai ku bermadah pujangga..
Jika ada ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan akidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan dustur ILAHI
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..
Tuhan kumohankan ampunan
ketelanjuran yang berulang kali
teman...kita patrikan disini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufik ILAHI..
Bandaraya Islam.....semakin maju...
Assalamualaikum....
Hari ini saya bersama keluarga diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T untuk ronda2 Bandar Kota Bharu..Alhamdulillah..banyak perubahan yang berlaku..pada awalnya pening jugak bila semua jalan dalam bandar dah jadi sehala..kelam kabut jgk maklumlah pertama kali..hehehe..
persekitaran pun bersih...Syukur... berkat pertadbiran yang berlandaskan Syarak.
Bangunan baru pun banyak jgk...erm...siapa kata kelantan tiada kemajuan...tadi lupa bawak kamera tak dapatlah nak ambil gambar.. lain kali kena bwk kamera..
'Membangun Bersama Iman Dan Islam'
Selamat beribadat...
W'salam

Tuesday, August 25, 2009
Renungan...
Ikhsaushinuu, faiina an-ni'mata laa taduumu...
"Belajarlah bersusah payah, sesungguhnya nikmat itu tidaklah kekal..."
- Kata-kata Hukama -
'SALAM RAMADHAN...

Thursday, August 20, 2009
Mencari Lailatul Qadr
:Tuan Hamba! Tuan Hamba!
Tuan Hamba di mana!
:Ya Tuan Hamba, gerangan apakah Tuan hamba mencari hamba!
:Tuan hamba di mana tu!
:Hamba di sini, marilah ke sini!
:Hamba kurang pasti, tuan hamba di mana, hanya suara tuan hamba yang dapat hamba dengar!
:Hamba di sini, di mihrab masjid ini...
:Oh tuan hamba, gerangan apa tuan hamba berada dimihrab masjid ini?
:Hamba menghidupkan malam.
:Menghidupkan malam?
:Ya, hamba menghidupkan malam, mencari lailatul Qadr!
: Mencari Lailatul Qadr? Apakah lailatul Qadr itu tuan hamba?
:Lailatul Qadr itu malam kemuliaan, malam penentuan. Malam kemuliaan itu lebih utama daripada 1000 bulan!
:Benarkah tuan hamba?
:Ya benar, Turun malaikat dan Ruhul Amin pada malam itu, dengan izin tuhan mereka,membawa pokok-pokok dari tiap-tiap perintah!
:Istimewakah malam itu tuan hamba?
:Ya istimewa, Sejahteralah ia hingga terbit fajar.
:Malam inikah malam lailatul qadr itu tuan hamba?
:Mungkin!
:Tuan hamba tidak pasti?
:Ya, hamba tidak pasti!
:Kalau tidak pasti kenapa tuan hamba mencarinya?
:Mungkin hamba akan menemuinya tuan hamba! Petunjuknya banyak sekali.
:Bilakah agaknya malam kemuliaan itu tuan hamba, adakah sebarang petunjuk untuk mencarinya? Adakah hamba juga berpeluang menemuinya?
:Tuan hamba, setiap insan yang beriman berpeluang untuk menemuinya! Cuma petunjuknya banyak sekali!
:Apakah petunjuknya tuan hamba, tidak sabar hamba hendak mendengarnya!
:Tuan hamba, menjadi perbincangan yg panjang lebar dikalangan ahli hadis dan riwayat, bilakah, malam apakah yang tepat Lailatul Qadr itu. Ibnu Hajar al-Usqalany menyalinkan tidak kurang 45 qaul tentang malam itu, masing-masing menurut pengalaman dgn catatan ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 ramadhan sampai 29 atau 30 ramadhan, ada saja tersebut ulama yang merawikannya. Demikian juga As-Syaukaniy juga menuqilkan demikian tuan hamba.
:Kalau begitu bagaimana tuan hamba? Nampak begitu sukar..
:Tuan hamba, ada satu riwayat dalam hadith Bukhari dirawikan dari Abu Sa’id Al-Khudry bahawa tentang malam berapa yang tepat telah lupa oleh Rasulullah s.a.w. Justeru dianjurkan setiap malam bulan ramadhan itu diramaikan dan diisi penuh dengan ibadat. Tetapi ada juga riwayat yang kuat bahawa Lailatul qadr itu ialah pada malam sepuluh terakhir dari Ramadhan, ertinya sejak malam 21. Sejak malam 21 itu juga Nabi s.a.w lebih memperkuat ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya, sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.
:Tuan hamba, tidak ada malam yang lebih hampirkah?
:Tuan hamba, Abdullah bin Mas’ud dan Asy-Sya’biy dan al-Hasan dan Qatadah berpendapat bahwa malam itu ialah malam 24 Ramadhan. Alasan mereka ialah kerana ada hadith dari Wastilah bahwa Al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan.
:Ada pendapat lain lagikah tuan hamba?
:Suatu riwayat lagi daripada As-Suyuthiy, yang kemudian sekali dikuatkan oleh Syaikh Khudhariy bahawa Lailatul qadr jatuh pada 17 Ramadhan. Mereka mengambil istimbat daripada ayat 41 surah al-anfal, “Hari pemisahan, hari bertemu dua golongan” iaitu dalam Peperangan Badr pada 17 Ramadhan.
:Adakah ini muktamad tuan hamba?
:Tuan hamba, kita pun dapat faham bahawa ini adalah hasil ijtihad, bukan suatu nash Qath’iy yang pasti dipegang teguh, sebab Nabi S.a.w menyuruh memperhebat ibadat setelah 10 yang akhir, bukan pada malam 17 Ramadhan.
:Itu sajakah pandangan yang tuan hamba ada?
:Ada sedikit lagi tuan hamba, menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar, sesetengah ulama berpendapat bahawa malam Lailatul Qadr yang sebenarnya hanyalah sekali sahaja, iaitu ketika Al-Quran mulai pertama turun itu. Adapun Lailatul Qadr yang kita peringati dan memperbanyak ibadat pada tiap malam hari bulan Ramadhan itu ialah untuk memperteguh ingatan kita kepada turunnya al-quran itu. Sudah jelas lagi terang malam itu pasti terjadi dalam bulan Ramadhan. Kita hidupkan malam itu, ambil berkat dan sempena, dan memperbanyakkan syukur pada Allah kerana bertepatan malam itulah Al-Quran mula diturunkan Allah. Berdiri mengerjakan sembahyang yang disebut qiamullail atau tarawikh, diseluruh malam Ramadhan atau menambah ramainya di malam 10 yang akhir, pastilah salah satu bertepatan dengan malam turunnya Al-Quran itu.
:Ada kejadian ganjil-ganjilkah malam itu tuan hamba?
:Tuan hamba, ada juga yang mengatakan bahawa malam Lailatul Qadr itu dapat disaksikan dengan kejadian yang ganjil-ganjil. Misalnya air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk ke bumi dan sebagainya. Semuanya itu adalah hal-hal yang tidak dapat dipertanggungjawabk an menurut ilmu agama yang sebenarnya!
:Kalau begitu malam ini kita ke mana tuan hamba?
:Tidak kemana-mana, hamba akan terus di sini menghidupkan malam. Bukankah malam ini 10 akhir ramadhan, Nabi menyuruh kita memperhebat ibadat!
:Ya! Ya! Betul Tuan hamba. Sudah pukul 2 pagi rupanya!
:Oh! Pukul 2 pagi. Kalau begitu ayuh kita qiyamullail, tahajjud, tadarus, zikir dan lain-lain sampailah terbit fajar pagi esok Tuan hamba.
: Oh! Baik tuan hamba, baik!
Ref: Tafsir Al-Azhar, surah al-Qadr

Wednesday, August 19, 2009
hari kedua kursus....
Assalamualaikum...
selesai sudah kursus pada ari ni..lega sgt..AlhamduliLLAH..Pembelajaran hari ni menarik..byk benda baru yang tak tahu tentang kemajuan Teknologi Komputer dapat dipelajari..Terima Kasih Jurulatih En AriF dan En .RosLi..
Tapi esok ada test..huhuhu...malam ni kene ulangkaji lah skit...Ya Allah Lapangkan Lah Dada Ku, Permudahkan Lah urusan Ku..Berkatilah Urusan HidupKu Ya Allah..

Tuesday, August 18, 2009
kursus penyelaras komputer........
hari pertama kursus...
Assalamualaikum...
(camner nak stat ni ek..tak pandai nak mengarang..)
kursus yang saya ikuti pada kali biasa je, tiada yang spesial...cuma bila masuk je makmal (tempat kursus) rasa mengantuk sangat..mcm dh tak tdr dua hari..mata pedih menahan mengantuk..tapi Alhamdulillah masih mampu tahan..BiiziLLAH..
Pada waktu rehat saya sempat berborak dengan cikgu2 dari sekolah tempat kursus (sambil makan2...bila time makan tak ngantuk pulak)..mereka berbincang tentang projek nak pergi cari batu serai...menurut cerita mereka..pengalaman mereka sebelum ini ada yang berhasil dan kdg2 tak dpt apa2 pun..tapi mrk msh bersemangat utk meneruskan projek tu..Saya bertanya pada mereka..macam mana batu yang dah siap dicanai...boleh berada dibawah rumpun serai..rupanya ada ORANG yang melakukan upacara mencari batu tersebut..saya tanya lagi..bagaimana proses upacara tu...meraka kata mereka pun tak tahu..cuma waktu ORANG tu menbaca sesuatu, dan bila rumpun serai mula digali, dicabut ORANG tu terus blah dari tempat tu..yang tinggal hanyalah cikgu2 tu..cikgu2 tak sempat nak ucap terima kasih pun, tapi ORANG tu sempat gak ambil upah
Dari mana datang batu tu, siapa yang rajin canaikan batu lepas tu tanam bwh rumpun serai yang berbunga...mesti serai berbunga..tak de bunga tak jadi...erm..ada sesiapa nak tolong jelaskan....

Thursday, August 13, 2009
Friday, August 7, 2009
Salam Pembuka Bicara
Assalamualaikum WarahmatuLLAHI Wabarakatuh...
Syukur kepada ALLAH Subhanahuwataala kerana dengan izinNya dapat saya melakarkan sedikit kata-kata bicara disini. Niat dihati ingin menyumbangkan sesuatu yang beerti kepada sahabat dan saudara seagama..InsyaALLAH...mohon diberi kekuatan olehNya....

Subscribe to:
Posts (Atom)