Saturday, November 14, 2009

Putera



Assalamualaikum WMT..

Agak lama tidak mengusik laman blog ini. Kerana kesibukan urusan dunia..sebelum cuti sekolah bermula, kesibukan dengan peperiksaan, kemudian terlibat dengan kursus induksi selama 15 hari. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku beberapa peristiwa yang menguji kesabaran.

AlhamduLILLAH, syukur ketinggi-tinggi nya diatas nikmat kurnianNya yang terhingga ini..sini saya ingin berkongsi kegembiraan dianugerahkan kurniaan yang amat berharga.

Isteri tercinta selamat melahirkan putera lelaki pada jam 3.15 pagi Jumaat 13 November 2009 di HUSM. Baby seberat 3.3 kg..selepas 2 seminggu dah 3.7 kg...
Hari ini adalah hari raya yang sangat istimewa kerana dapat meraikan bersama anak..
Semoga anak ini menjadi seorang pejuang agama Allah...

No comments:

Post a Comment