Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru 2010



Assalamualaikum W.M.T

Hari ini 17 Mei 2010 pihak sekolah menganjurkan sambutan hari guru, segala persedian diuruskan oleh pelajar sendiri(badan2 khas). Seperti biasa acara dewan mendahului, dengan ucapan2 dari pelbagai pihak termasuk ucapan dari menteri pelajaran, seterusnya dengan pelbagai aktiviti yang menghiburkan para pelajar dan persembahan oleh guru. Boria, sketsa, nyanyian, nazam, nasyid, tarian, persembahan multimedia, teka teki dan macam2 lagi..penuh dengan kemeriahan...

Dalam kemeriahan itu, adakesedihan,mengalir air mata ini, apabila salah seorang sahabat yang akan berpingdah kesekolah lain..kenangan bersama akan kekal dalam ingatan.

Paling istimewa ialah apabila mentee2 menunggu bersama sebiji kek..wah..mcm sambutan hari lahir pulak..terima kasih anak2 semua..

Kepada pelajar2 terima kasih atas ucapan dan hadiah yang diberikan...saya berdoa agar kamu semua sentiasa dalam keberkatan dan dalam lindungan ALLAH sentiasa. Semoga kejayaan akan selalu mengiringi kamu walau dimana kamu berada.

Friday, May 7, 2010

Keajaiban Bilangan Kalimah dalam Al-Quran


Al-Quran telah menerangkan yang setiap makhluk diciptakan berpasangan, menunjukkan keajaiban pada angka 2.

Termasuklah dengan angka 7, yang antaranya simbolik kepada 7 lapis langit dan bumi, 7 hari dalam seminggu, 7 nama syurga dan neraka, Al-Quran diturunkan dalam 7 cara dan sebagainya.


Dengan itu tidak hanya angka 19 ssahaja yang dianggap ajaib dalam Al-Quran, ternyata juga banyak lagi ‘hint/clue’ yang menunjukkan bahawa pemilihan kata dalam Al-Quran oleh Pencipta Pengarang (Allah) dibuat “seimbang”, misalnya fakta-fakta berikut:


Jumlah kata dihitung dari teks arabnya:

Jumlah Kata Yang Berlawanan

Hidup (al-haya_h): 145

Mati (al-mawt) : 145

Perbuatan baik (ash-sha_liha_ t) : 167
Perbuatan buruk (as-sayyi’a_at) : 167

Dunia (ad-dun-ya_) : 115

Akhirat (al-a_khirah) : 115

Ucapan terang (al-jahr): 16

Ucapan tersembunyi (al-alaniyah) : 16

.

Jumlah Kata Yang Berhubungan

Syaitan (syaytha_n) atau (syaya_thi_n) : 80

Malaikat (mala_ikah) atau (malak) : 80

Mereka berkata (qa_lu_) : 332

Katakanlah! (qul) : 332

Kecintaan (al-muhabbat) : 83

Keta’atan (ath-tha’aat) : 83

Hidayah (al-hida_yah) : 79

Rahmat (ar-rahmat) : 79

Keselamatan (as-salaam) : 50

Kebaikan (ath-thayyibaat) : 50

Kesukaran (asy-syaddah) : 102

Kesabaran (ash-shabr) : 102

Musibah (al-mushi_bah) : 75

Bersyukur (asy-syukr) : 75

Iblis (al-ibli_s) : 11

Memohon perlindungan Allah (dari iblis):

(al-sti’a_dhatu billaah) : 11

.

Berkaitan dengan fakta zaman

Jumlah kata “jam” : 48

Jumlah kata “hari [tunggal/singular]” (yawm): 365

Jumlah kata “hari-hari (jamak/plural)” : 30

Jumlah kata “bulan” (sahar) : 12

Jumlah kata “tahun” (sanah) dan bentukannya: 19

Jumlah kata “tahun [tunggal/singular]” (al-sanah) : 7

Jumlah kata “tahun-tahun [jamak/plural]” (sanah) : 12

http://waladi- dimalaysia. blogspot. com

Sunday, May 2, 2010

Najis Jin ke ni ????

Assalamualaikum W.M.T..

2 hari lepas, seluruh badan penulis dipenuhi dengan bengkak2 merah dan rasa miang (gatal2). tak tahu lah apa nama penyakit ni. Ada orang panggil lapar garam, org moden panggil allegic.. semasa kursus rawatan dikelantan dulu ada diceritakan tentang najis jin oleh Ustaz TIAF, walau apa pun ia..Mungkin ia kafarah atas dosa2 penulis..AstaghfiruLLAHAL 'azim..

Penulis berikhtiar untuk menghilangkan bengkak tersebut dengan mencuba mandi air garam bukit TIAF. disamping meminum air penawar Ma'usSyifa' TIAF sebagai satu usaha. AlhamdulILLAH dengan izin yang Maha Kuasa selepas 2 kali mandi dan minum..gatal2 dan bengkak2 hilang sepenuhnya..

Robbi Yassir Wala Tu 'Assir Ya Kareem