Wednesday, September 28, 2011

Analisis soalan PMR Pendidikan Islam 2011

Assalamualaikum WMT
Peperiksaan PMR akan datang tak lama lagi...
Didoakan kepada semua calon2 PMR agar tenang semasa menjawab dan di kurniakan kejayaan yang cemerlang kelak.
amin..
persediaan terakhir yang mungkin dapat membantu para pelajar...
analisis soalan Pendidikan Islam PMR seluruh negara kecuali Pahang, Sabah dan Sarawak.
ANALISIS SOALAN PERCUBAAN PMR 2011 SELURUH NEGERI




moga bermanfaat untuk guru dan pelajar...

Friday, December 31, 2010

annadzafatul minal iman

2 hari air tak masuk ke tangki. nak mandi pun susah,terpaksa angkut air dari singki..tangki kat atas bumbung, rasa gayat bila nak naik. tapi terpaksalah kuatkan semangat panjat bumbung, Alhamdulillah selamat naik(guna tangga kayu)hehehe..
rupa-rupanya bola tangki yang berkarat adalah punca air tidak mengalir kedalam tangki..
setelah dibersihkan, (termasuk tangki sekali) air mengalir dengan laju, dapat lah mandi dengan puas...Syukur..

Wednesday, September 1, 2010

spesis babi yg berbulu mcm biri-biri.... Hati-hati memilih barangan berbulu



HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA

Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.

Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria.

Tuesday, August 10, 2010

berkat kedatangan Ramadhan

Assalamualaikum dan Ramadhan...

Sudah agak lama tidak menulis di sini..bukanlah keranakesibukan tetapi kerana lupa kata laluan untuk membuka blog ini..huhuhu..

Alhamdulillah malam ni hanya tiga kali percubaan..hasilnya kejayaan yang dicapai..Syukur...ingatan kembali pulih..hahaha..

Sempena dengan kedatangan bulan Rahmat, Bulan Ramadhan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa, puasa zahir dan batin..semoga Ramadhan tahun ini akan membawa lebih banyak keberkatan dari Yang Maha Berkuasa kepada kita semua.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

BarakaLLAHu fi Ramadhan wa siiruu 'ala barakaliLLAH

Saturday, June 19, 2010

berpindah lagi...

Assalamualaikum W.M.T
Setelah seminggu lebih berada dikampung (Kelantan) dengan macam-macam aktiviti bersama keluarga..menziarahi saudara mara dan kenduri kahwin sahabat handai.
Hari Rabu saya telah bertolak ke Melaka kerana ada beberapa urusan yg mesti diselesaikan sebelum persekolahan bermula..hari Khamis seharian saya mencari rumah yang hendak disewa, tetapi tidak ada yang sesuai..Hari Jumaat sambung cari lagi, Alhamdulillah dengan izinNYA jam 5 petang baru berjumpa rumah yang sesuai di Taman Seri Duyung. Lepas je hubungi tuan rumah terus bayar deposit.Malam tu jugak berpindah dari Muar ke rumah baru..huhuhu penat..masih ada byk lagi brg yang belum dingkat di Muar..kene berulang angkut dengan kereta lah selepas ni..

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru 2010



Assalamualaikum W.M.T

Hari ini 17 Mei 2010 pihak sekolah menganjurkan sambutan hari guru, segala persedian diuruskan oleh pelajar sendiri(badan2 khas). Seperti biasa acara dewan mendahului, dengan ucapan2 dari pelbagai pihak termasuk ucapan dari menteri pelajaran, seterusnya dengan pelbagai aktiviti yang menghiburkan para pelajar dan persembahan oleh guru. Boria, sketsa, nyanyian, nazam, nasyid, tarian, persembahan multimedia, teka teki dan macam2 lagi..penuh dengan kemeriahan...

Dalam kemeriahan itu, adakesedihan,mengalir air mata ini, apabila salah seorang sahabat yang akan berpingdah kesekolah lain..kenangan bersama akan kekal dalam ingatan.

Paling istimewa ialah apabila mentee2 menunggu bersama sebiji kek..wah..mcm sambutan hari lahir pulak..terima kasih anak2 semua..

Kepada pelajar2 terima kasih atas ucapan dan hadiah yang diberikan...saya berdoa agar kamu semua sentiasa dalam keberkatan dan dalam lindungan ALLAH sentiasa. Semoga kejayaan akan selalu mengiringi kamu walau dimana kamu berada.

Friday, May 7, 2010

Keajaiban Bilangan Kalimah dalam Al-Quran


Al-Quran telah menerangkan yang setiap makhluk diciptakan berpasangan, menunjukkan keajaiban pada angka 2.

Termasuklah dengan angka 7, yang antaranya simbolik kepada 7 lapis langit dan bumi, 7 hari dalam seminggu, 7 nama syurga dan neraka, Al-Quran diturunkan dalam 7 cara dan sebagainya.


Dengan itu tidak hanya angka 19 ssahaja yang dianggap ajaib dalam Al-Quran, ternyata juga banyak lagi ‘hint/clue’ yang menunjukkan bahawa pemilihan kata dalam Al-Quran oleh Pencipta Pengarang (Allah) dibuat “seimbang”, misalnya fakta-fakta berikut:


Jumlah kata dihitung dari teks arabnya:

Jumlah Kata Yang Berlawanan

Hidup (al-haya_h): 145

Mati (al-mawt) : 145

Perbuatan baik (ash-sha_liha_ t) : 167
Perbuatan buruk (as-sayyi’a_at) : 167

Dunia (ad-dun-ya_) : 115

Akhirat (al-a_khirah) : 115

Ucapan terang (al-jahr): 16

Ucapan tersembunyi (al-alaniyah) : 16

.

Jumlah Kata Yang Berhubungan

Syaitan (syaytha_n) atau (syaya_thi_n) : 80

Malaikat (mala_ikah) atau (malak) : 80

Mereka berkata (qa_lu_) : 332

Katakanlah! (qul) : 332

Kecintaan (al-muhabbat) : 83

Keta’atan (ath-tha’aat) : 83

Hidayah (al-hida_yah) : 79

Rahmat (ar-rahmat) : 79

Keselamatan (as-salaam) : 50

Kebaikan (ath-thayyibaat) : 50

Kesukaran (asy-syaddah) : 102

Kesabaran (ash-shabr) : 102

Musibah (al-mushi_bah) : 75

Bersyukur (asy-syukr) : 75

Iblis (al-ibli_s) : 11

Memohon perlindungan Allah (dari iblis):

(al-sti’a_dhatu billaah) : 11

.

Berkaitan dengan fakta zaman

Jumlah kata “jam” : 48

Jumlah kata “hari [tunggal/singular]” (yawm): 365

Jumlah kata “hari-hari (jamak/plural)” : 30

Jumlah kata “bulan” (sahar) : 12

Jumlah kata “tahun” (sanah) dan bentukannya: 19

Jumlah kata “tahun [tunggal/singular]” (al-sanah) : 7

Jumlah kata “tahun-tahun [jamak/plural]” (sanah) : 12

http://waladi- dimalaysia. blogspot. com