Assalamualaikum..
Pagi tadi bermula jam 10 pg saya telah menghadiri kursus peneman apabila isteri bersalin nanti..banyak maklumat yang diberikan sebagai persediaan apabila menyambut kelahiran nanti..doa byk diberikan..antara amalan yang boleh dilakukan oleh suami atau ayah sejurus anak dilahirkan ialah :
1. Azan ditelinga kanan.
2. Iqamat ditelinga kiri.
3. Baca surah al-Qadr ditelinga kanan.(supaya anak jauh dari zina)
4. Baca surah al-Ikhlas ditelinga kiri.
5. Tahnikkan- letakkan sedikit madu pada jari manis dan baca surah al-Insyirah dan tiup pada madu dijari kemudian masukkan jari kemulut bayi dilelangitnya.
6. baca lagi al-Insyirah dan tiup pada ubun2 bayi.
7. baca 3 Qul dan tiup dari kepala bayi hingga ke kaki.
Inilah yang disarankan semasa kursus tadi..
No comments:
Post a Comment