Assalamualaikum WMT...
Solat Jumaat hari ini ditunaikan disebuah masjid di pertengahan jalan dari tempat kerja ke rumah. Ini adalah pertama kali solat disana. Suasana sangat tenang dari luar masjid lagi, saya berkata2 dalam hati, kenapa tak banyak kenderaan di masjid ni.Ini memudahkan untuk parkir kereta... AlhamdulILLAH...Didalam masjid,tidak ramai jemaah,yang menariknya ialah hampir 1/3 jemaah adalah kanak2 dan remaja yang berjubah dan berserban. mungkin pelajar sekolah tahfiz atau dari pondok-pondok berhampiran..itu pada fikiran sayalah.
Khutbah dibacakan dengan penuh semangat walaupun hanya dengan tajuk H1N1. Semasa sedang solat Jumaat, pada rakaat kedua, imam membaca surah al-fatihah dengan syahdu, menangis-nangis, kemudian, apabila jemaah mengaminkan bacaan al-fatihah, kedengaran ditelinga saya suara (amin) yang sangat kuat, bergema seluruh masjid seolah-olah masjid tersebut sesak dengan jemaah..sedangkan jemaah tidak pun memenuhi masjidhanya ruangan tengah dan kanan sahaja yang ada jemaah, ruangan kiri dan barisan belakang kosong tanpa jemaah.
jadi..Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui perkara yang sebenarnya..WALLAHuAlam.
Wassalamu alaik.
No comments:
Post a Comment