Insaflah wahai manusia,
Jika diri mu bernoda,
Dunia hanya naungan,
untuk makhluk ciptaan TUHAN,
Dengan tiada terduga,
dunia ini kan binasa,
Kita KEMBALI KE ASAL nya,
menghadap tuhan yang ESA,
DIA lah pengasih dan penyayang,
Kepada semua insan,
Janganlah ragu atau bimbang,
Kepada Keagungan Tuhan,
Betapa Maha Besarnya,
Pencipta alam semesta,
Siapa selalu berbakti,
Mengabdi pada ILAHI,
Kan sentosa selamanya,
Di dunia dan akhir masa.
Cukuplah diri ku hanya dengan Allah...Muhammad Rasulullah sebagai pembimbing dan Al-Quran sebagai panduan... "Hati Tak Kan Tenang Sekiranya Kita Tidak Tahu Apa Yang Kita Mahu"
Monday, August 31, 2009
Friday, August 28, 2009
IkHLAs daRiKu...
Salam lagu ni mempunyai maksud yang sgt mendalam....blh cuba dengar dan hayati maksud lagu dari Akhil Hayy....
Aku bukan seperti engkau sangkakan..
pura-pura didalam berjuang..
aku tidak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai ku bermadah pujangga..
Jika ada ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan akidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan dustur ILAHI
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..
Tuhan kumohankan ampunan
ketelanjuran yang berulang kali
teman...kita patrikan disini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufik ILAHI..
Aku bukan seperti engkau sangkakan..
pura-pura didalam berjuang..
aku tidak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai ku bermadah pujangga..
Jika ada ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan akidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan dustur ILAHI
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..
Tuhan kumohankan ampunan
ketelanjuran yang berulang kali
teman...kita patrikan disini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufik ILAHI..
Bandaraya Islam.....semakin maju...
Assalamualaikum....
Hari ini saya bersama keluarga diberi kesempatan oleh ALLAH S.W.T untuk ronda2 Bandar Kota Bharu..Alhamdulillah..banyak perubahan yang berlaku..pada awalnya pening jugak bila semua jalan dalam bandar dah jadi sehala..kelam kabut jgk maklumlah pertama kali..hehehe..
persekitaran pun bersih...Syukur... berkat pertadbiran yang berlandaskan Syarak.
Bangunan baru pun banyak jgk...erm...siapa kata kelantan tiada kemajuan...tadi lupa bawak kamera tak dapatlah nak ambil gambar.. lain kali kena bwk kamera..
'Membangun Bersama Iman Dan Islam'
Selamat beribadat...
W'salam

Tuesday, August 25, 2009
Renungan...
Ikhsaushinuu, faiina an-ni'mata laa taduumu...
"Belajarlah bersusah payah, sesungguhnya nikmat itu tidaklah kekal..."
- Kata-kata Hukama -
'SALAM RAMADHAN...

Thursday, August 20, 2009
Mencari Lailatul Qadr
:Tuan Hamba! Tuan Hamba!
Tuan Hamba di mana!
:Ya Tuan Hamba, gerangan apakah Tuan hamba mencari hamba!
:Tuan hamba di mana tu!
:Hamba di sini, marilah ke sini!
:Hamba kurang pasti, tuan hamba di mana, hanya suara tuan hamba yang dapat hamba dengar!
:Hamba di sini, di mihrab masjid ini...
:Oh tuan hamba, gerangan apa tuan hamba berada dimihrab masjid ini?
:Hamba menghidupkan malam.
:Menghidupkan malam?
:Ya, hamba menghidupkan malam, mencari lailatul Qadr!
: Mencari Lailatul Qadr? Apakah lailatul Qadr itu tuan hamba?
:Lailatul Qadr itu malam kemuliaan, malam penentuan. Malam kemuliaan itu lebih utama daripada 1000 bulan!
:Benarkah tuan hamba?
:Ya benar, Turun malaikat dan Ruhul Amin pada malam itu, dengan izin tuhan mereka,membawa pokok-pokok dari tiap-tiap perintah!
:Istimewakah malam itu tuan hamba?
:Ya istimewa, Sejahteralah ia hingga terbit fajar.
:Malam inikah malam lailatul qadr itu tuan hamba?
:Mungkin!
:Tuan hamba tidak pasti?
:Ya, hamba tidak pasti!
:Kalau tidak pasti kenapa tuan hamba mencarinya?
:Mungkin hamba akan menemuinya tuan hamba! Petunjuknya banyak sekali.
:Bilakah agaknya malam kemuliaan itu tuan hamba, adakah sebarang petunjuk untuk mencarinya? Adakah hamba juga berpeluang menemuinya?
:Tuan hamba, setiap insan yang beriman berpeluang untuk menemuinya! Cuma petunjuknya banyak sekali!
:Apakah petunjuknya tuan hamba, tidak sabar hamba hendak mendengarnya!
:Tuan hamba, menjadi perbincangan yg panjang lebar dikalangan ahli hadis dan riwayat, bilakah, malam apakah yang tepat Lailatul Qadr itu. Ibnu Hajar al-Usqalany menyalinkan tidak kurang 45 qaul tentang malam itu, masing-masing menurut pengalaman dgn catatan ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 ramadhan sampai 29 atau 30 ramadhan, ada saja tersebut ulama yang merawikannya. Demikian juga As-Syaukaniy juga menuqilkan demikian tuan hamba.
:Kalau begitu bagaimana tuan hamba? Nampak begitu sukar..
:Tuan hamba, ada satu riwayat dalam hadith Bukhari dirawikan dari Abu Sa’id Al-Khudry bahawa tentang malam berapa yang tepat telah lupa oleh Rasulullah s.a.w. Justeru dianjurkan setiap malam bulan ramadhan itu diramaikan dan diisi penuh dengan ibadat. Tetapi ada juga riwayat yang kuat bahawa Lailatul qadr itu ialah pada malam sepuluh terakhir dari Ramadhan, ertinya sejak malam 21. Sejak malam 21 itu juga Nabi s.a.w lebih memperkuat ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya, sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.
:Tuan hamba, tidak ada malam yang lebih hampirkah?
:Tuan hamba, Abdullah bin Mas’ud dan Asy-Sya’biy dan al-Hasan dan Qatadah berpendapat bahwa malam itu ialah malam 24 Ramadhan. Alasan mereka ialah kerana ada hadith dari Wastilah bahwa Al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan.
:Ada pendapat lain lagikah tuan hamba?
:Suatu riwayat lagi daripada As-Suyuthiy, yang kemudian sekali dikuatkan oleh Syaikh Khudhariy bahawa Lailatul qadr jatuh pada 17 Ramadhan. Mereka mengambil istimbat daripada ayat 41 surah al-anfal, “Hari pemisahan, hari bertemu dua golongan” iaitu dalam Peperangan Badr pada 17 Ramadhan.
:Adakah ini muktamad tuan hamba?
:Tuan hamba, kita pun dapat faham bahawa ini adalah hasil ijtihad, bukan suatu nash Qath’iy yang pasti dipegang teguh, sebab Nabi S.a.w menyuruh memperhebat ibadat setelah 10 yang akhir, bukan pada malam 17 Ramadhan.
:Itu sajakah pandangan yang tuan hamba ada?
:Ada sedikit lagi tuan hamba, menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar, sesetengah ulama berpendapat bahawa malam Lailatul Qadr yang sebenarnya hanyalah sekali sahaja, iaitu ketika Al-Quran mulai pertama turun itu. Adapun Lailatul Qadr yang kita peringati dan memperbanyak ibadat pada tiap malam hari bulan Ramadhan itu ialah untuk memperteguh ingatan kita kepada turunnya al-quran itu. Sudah jelas lagi terang malam itu pasti terjadi dalam bulan Ramadhan. Kita hidupkan malam itu, ambil berkat dan sempena, dan memperbanyakkan syukur pada Allah kerana bertepatan malam itulah Al-Quran mula diturunkan Allah. Berdiri mengerjakan sembahyang yang disebut qiamullail atau tarawikh, diseluruh malam Ramadhan atau menambah ramainya di malam 10 yang akhir, pastilah salah satu bertepatan dengan malam turunnya Al-Quran itu.
:Ada kejadian ganjil-ganjilkah malam itu tuan hamba?
:Tuan hamba, ada juga yang mengatakan bahawa malam Lailatul Qadr itu dapat disaksikan dengan kejadian yang ganjil-ganjil. Misalnya air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk ke bumi dan sebagainya. Semuanya itu adalah hal-hal yang tidak dapat dipertanggungjawabk an menurut ilmu agama yang sebenarnya!
:Kalau begitu malam ini kita ke mana tuan hamba?
:Tidak kemana-mana, hamba akan terus di sini menghidupkan malam. Bukankah malam ini 10 akhir ramadhan, Nabi menyuruh kita memperhebat ibadat!
:Ya! Ya! Betul Tuan hamba. Sudah pukul 2 pagi rupanya!
:Oh! Pukul 2 pagi. Kalau begitu ayuh kita qiyamullail, tahajjud, tadarus, zikir dan lain-lain sampailah terbit fajar pagi esok Tuan hamba.
: Oh! Baik tuan hamba, baik!
Ref: Tafsir Al-Azhar, surah al-Qadr

Wednesday, August 19, 2009
hari kedua kursus....
Assalamualaikum...
selesai sudah kursus pada ari ni..lega sgt..AlhamduliLLAH..Pembelajaran hari ni menarik..byk benda baru yang tak tahu tentang kemajuan Teknologi Komputer dapat dipelajari..Terima Kasih Jurulatih En AriF dan En .RosLi..
Tapi esok ada test..huhuhu...malam ni kene ulangkaji lah skit...Ya Allah Lapangkan Lah Dada Ku, Permudahkan Lah urusan Ku..Berkatilah Urusan HidupKu Ya Allah..

Tuesday, August 18, 2009
kursus penyelaras komputer........
hari pertama kursus...
Assalamualaikum...
(camner nak stat ni ek..tak pandai nak mengarang..)
kursus yang saya ikuti pada kali biasa je, tiada yang spesial...cuma bila masuk je makmal (tempat kursus) rasa mengantuk sangat..mcm dh tak tdr dua hari..mata pedih menahan mengantuk..tapi Alhamdulillah masih mampu tahan..BiiziLLAH..
Pada waktu rehat saya sempat berborak dengan cikgu2 dari sekolah tempat kursus (sambil makan2...bila time makan tak ngantuk pulak)..mereka berbincang tentang projek nak pergi cari batu serai...menurut cerita mereka..pengalaman mereka sebelum ini ada yang berhasil dan kdg2 tak dpt apa2 pun..tapi mrk msh bersemangat utk meneruskan projek tu..Saya bertanya pada mereka..macam mana batu yang dah siap dicanai...boleh berada dibawah rumpun serai..rupanya ada ORANG yang melakukan upacara mencari batu tersebut..saya tanya lagi..bagaimana proses upacara tu...meraka kata mereka pun tak tahu..cuma waktu ORANG tu menbaca sesuatu, dan bila rumpun serai mula digali, dicabut ORANG tu terus blah dari tempat tu..yang tinggal hanyalah cikgu2 tu..cikgu2 tak sempat nak ucap terima kasih pun, tapi ORANG tu sempat gak ambil upah
Dari mana datang batu tu, siapa yang rajin canaikan batu lepas tu tanam bwh rumpun serai yang berbunga...mesti serai berbunga..tak de bunga tak jadi...erm..ada sesiapa nak tolong jelaskan....

Thursday, August 13, 2009
Friday, August 7, 2009
Salam Pembuka Bicara
Assalamualaikum WarahmatuLLAHI Wabarakatuh...
Syukur kepada ALLAH Subhanahuwataala kerana dengan izinNya dapat saya melakarkan sedikit kata-kata bicara disini. Niat dihati ingin menyumbangkan sesuatu yang beerti kepada sahabat dan saudara seagama..InsyaALLAH...mohon diberi kekuatan olehNya....

Subscribe to:
Posts (Atom)