Saturday, June 19, 2010

berpindah lagi...

Assalamualaikum W.M.T
Setelah seminggu lebih berada dikampung (Kelantan) dengan macam-macam aktiviti bersama keluarga..menziarahi saudara mara dan kenduri kahwin sahabat handai.
Hari Rabu saya telah bertolak ke Melaka kerana ada beberapa urusan yg mesti diselesaikan sebelum persekolahan bermula..hari Khamis seharian saya mencari rumah yang hendak disewa, tetapi tidak ada yang sesuai..Hari Jumaat sambung cari lagi, Alhamdulillah dengan izinNYA jam 5 petang baru berjumpa rumah yang sesuai di Taman Seri Duyung. Lepas je hubungi tuan rumah terus bayar deposit.Malam tu jugak berpindah dari Muar ke rumah baru..huhuhu penat..masih ada byk lagi brg yang belum dingkat di Muar..kene berulang angkut dengan kereta lah selepas ni..