Friday, April 23, 2010

Bekam: Percubaan Pertama

Assalamualaikum W.M.T..
Sekadar perkongsian pengalaman petang semalam. AlhamduliLLAH setelah sejak sekian lama hajat dihati nak cuba berbekam, dan AlhamduliLLAH diizinkan ALLAH dapatlah saya merasai bagaimanakah rasanya berbekam. Dengan ilmu yang ada pada Al-fadhil Ustaz Abu Mujahid beliau dengan mahirnya mula membekam belakang tubuh saya.
Mula-mula proses berbekam saya rasa seperti belakang saya dikunci, tak leh nak gerak. Sebab alatbekam kat belakang badan. Makin lama makin terasa seperti belakang dicekik....hahaha.. tu belum dicucuk lagi. Lepas tu, mangkuk bekam dibuka dan kulit dicucuk2 dengan alat khas(jarum) tak sakit sangat, tapi rasa lah jarum tu di cucuk. Lepas tu, darah mula keluar, saya merasai nya..sebab saya rasa sedikit pening2 lalat..macam nak pitam camtu...hanya enam point sahaja dulu...nanti sambung lain hari..AlhamdulILLAH..hari ni rasa sedikit berbeza..tempat yang dibekam rasa ringan...Semakin ingin dibekam. lepas ni nak bekam seluruh badan...harap Ustaz Abu Mujahid sudi lah yer....Syukran ustaz..
Wassalam