Thursday, September 24, 2009

aku Hassan Jiwa..

Assalamualaikum WMT dan salam muhibbah...
Suatu kisah yang baru berlaku tengah hari tadi...Sedang saya berehat selepas selesai potong daging, datang lah tetamu yakni sedara isteri saya saya nama kan dia Ir, menceritakan masalah beliau yang kene kacau..ada gangguan...Beliau minta tlg sgt2..saya ni yang tak reti apa2, doa dan minta tolong dengan ALLAH, berserah 100% kepada NYA..tiba 2 pesakit Ir td menyebut2 aku hassan Jiwa berulang2 kali. pesakit tadi dalam keadaan sedar tapi tidak dapat mengawal pegerakan mulutnya..
Keadaan di rumah bising kerana ramai org..saya tidak berani untuk teruskan.bimbang sekiranya keadaan tak terkawal..akhirnya saya menghubungi ust. m.zani peringgat, minta bantuannya..
ust m.zani bersetuju untuk membantu, saya bersama Ir kerumah ust m.zani..sampi di sana saya serahkan kan kepada ust m.zani untuk meneruskan rawatan..(lepas tangan)
Ust m.zani membaca ayat2 ruqyah.. dan pesakit merasa kebas dikaki..mulut pesakit menyebut2 "aku hassan jiwa"..saya tertanya2 siapa hassan jiwa, ada sesiapa kenal akan dia..hehehe
rawatan diteruskan,pesakit masih sedar, saya sekadar membantu bila diperlukan..hehehe..
kemudian sesi soal jawab, soalan dijawab melalui gerakan kaki sahaja...getaran2 di kaki menunjukkan makhluk masih tidak mahu keluar..
oleh kerana pesakit akan masuk kerja ptg nanti, rawatan ditangguhkan..pesakit dibekalkan air ruqyah dan zikir2..
sekian sahaja ....
wassalam selamat hari raya..

Wednesday, September 23, 2009

Sejarah 22 September..

Assalamualaikum WMT dan salam ukhuwwah..
Sekadar untuk berkongsi cerita yang berlaku pada 22 september 2009...Pada tarikh ini aku selamat dilahirkan oleh seorang ibu disebuah rumah kampung pada 28 tahun lalu..mcm novel la pulak..dan pagi tadi saya sedikit terkejut bila isteri tercinta mengucapkan ucapan selamat panjang umur...hehehe..dalam keadaan yang bercampur antara gembira dan sakit, saya senyum dan mengucapkan terima kasih..Dah tua dah, tak lama lagi akan Kembali kepada asal.

Cerita kedua, tengah hari tadi, sambil membantu keluarga menyiapkan majlis jamuan, saya yang sedikit dalam kesakitan diperintahkan oleh bonda supaya cepat-cepat pergi klinik..pergi cabut gigi..huhuhu..sejak dari raya pertama masa makan malam saya tercucuk tulang ikan pada gusi, (makan tak baca doa) kesiankan..gusi sedikit membengkak..saya tahan saja sakit tu..tapi pagi tadi dah gusi dah berdarah...jd terpaksalah ke klinik..sebenarnya saya takut nak ke klinik gigi.hehehe..tak tahu kenapa..nak kata takut jarum, tak jugak..mgkn teringat masa sekolah rendah dulu, gigi saya diperiksa oleh seorang nurse dan nurse tu ganas sikit kot..sampai sekarang takut dengan klinik gigi. AlhamduliLLAH semua proses mencabut gigi berjalan dengan lancar dan mudah syukur Ya ALLAH.

Petang tadi berlangsung majlis pertunangan adik perempuan saya..alhamdulILLAH majlis selamat hingga ke akhirnya.Semoga pertunagan ini akan membawa kepada kebaikan dan seterusnya ke jinjang pelamin..Didoakan agar ALLAH merahmati dan melindungi dari perkara yang tidak elok..persiapkan dirimu dengan Ilmu wahai adikku..

Wassalam.

Monday, September 21, 2009

jom...ziarah

Assalamualaikum WMT dan salam kemaafan...

Dah lama tak update blog ni, maklum lah sibuk bak kata omputeh bz..
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH diatas nikmat aidilfitri...ari ni dah raya yang ketiga, AlhamduLILLAH dapat berjumpa dengan saudara mara yang jarang-jarang dapat jumpa..Yang seronoknya...bilang ahli keluarga semakin bertambah...syukur...makin bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W.. semoga dapat menambah kekuatan untuk menegakkan syiar Islam.

Bila dapat jumpa sedara mara dan kawan2 yang dah lama tak tengok rasa seronok, terasa gembira..entah lah tak tahu nak huraikan camner...

Apa pun aidilfitri dapat mengukuhkan ukhuwwah dan perhubungan diantara satu sama lain..
Ok lah berhati-hati semasa memandu..ingat ALLAH Jiwa selamat..
Wassalam...

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum WMT dan salam kemaafan..
Sempena dengan Aidilfitri kali ini, saya Mohd Suriandi dengan rendah diri ingin memohon kemaafan atas segala kesalahan, kekhilafan dan dosa yang telah dilakukan samaada sengaja atau tak sengaja, kepada yang mengenali diri ini.
Semoga lebaran yang diraikan membawa sejuta erti dalam kehidupan kita nanti.
Kepada ayah bonda ampunkan anakanda dunia dan akhirat, halalkan makan minum anakmu ini..Anakanda mohon restu dan doa dari kalian berdua untuk mendapatkan kebahagian didunia dan akhirat..
Semaga lebaran kali ini kita semua akan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari yang Maha Esa...
Sambutlah Aidilfitri dengan penuh keimanan keran kita semua akan kembali kepada asal...

Terawih yang sendu...


Assalamualaikum WMT dan salam ukhuwwah...

terawih malam ni merupakan yang terakhir bg tahun 1430H...kalau Ahad raya lah...Disurau tak ramai jemaah...kanak-kanak pun ada 2, 3 org je seperti minggu pertama puasa dulu...meriah...malam ni mgkn org kmpng ke masjid kot....


Lepas terawih..AJK surau buat pengumuman..malam esok datang ramai-ramai kerana nak buat solat sunat tasbih...InsyaALLAH...

Thursday, September 17, 2009

tADaRus KubRa....


Assalamualaikum WMT dan salam lailatulqadr....


17 hb Sept 2009, jam 12.45 selesailah majlis tadarus kubra peringkat sekolah, Alhamdulillah...
Sekarang ni para pelajar berpusu-pusu untuk pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut hari raya bersama keluarga...
InsyaALLAH saya juga akan berangkat pulang ke Kelantan petang nanti, Ya ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang..selamatkanlah perjalananku..berkatilah dan lindungilah sehingga selamat sampai...Amin..

Monday, September 14, 2009

Amal Maahad..Aidilitri

Kepada sahabat-sahabat yang pernah belajar di sekolah maahad samada maahad lelaki , perempuan dan pasir pekan semua dijemput untuk merapatkan ukkhuwah..
hanya sekadar membantu..iklankan je...

Ramadhan Ya Ramadhan


Assalamualaikum WMT dan salam ukhuwah....

Sejak dua tiga hari ini, air mata terlalu mudah mengalir, tak kira tempat, termasuklah didalam kelas, bila berbicara tentang Ramadhan, apabila teringatkan tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua..Rasanya baru sebentar bersama dengan Mubarak...tapi kini, ia sudah berada dipenghujungnya...


Terlalu sedikit taubat yang telah dipohon, tak terbanding dengan dosa-dosa yang menggunung..
Amalan lain apa tah lagi, Ya ALLAH..berilah aku kekuatan untuk mengisi sepenuhnya Hari-hari terakhir Ramadhan tahun ini dengan amalan yang KAU Redhai...
Tersangatlah takut bila terfikirkan, apa mungkin dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan...
apabila kita sudah Kembali Kepada Asal..